Friday, April 26, 2013

Jubah dan Serban

Selama 18 tahun aku hidup atas muka bumi ni,,
aku belum pernah pergi sembahyang Jumaat pakai jubah dan serban,,
sesekali tengok orang pakai rase teringin jugak nak cuba,,tapi......hurmmmmm

semenjak sebulan yang lepas,,aku beranikan diri untuk memakai jubah dan serban ke masjid Al-Muttaqin,,
mane aku dapat jubah dan serban tu??
jubah dan serban tu aku pinjam dari seorang ustaz yang jadi warden dekat sebuah rumah anak yatim,,
mula-mulanya hajat nak pinjam sebab nak pakai untuk ke majlis makan malam Perakaunan a.k.a "Account Night" student Matrik Pahang sebab tema awal yang ditetapkan adalah Arabic,,
so,melilau la aku mencari pakaian2 tu..
tapi lepas je aku bawak balik jubah ke matrik,,dapat la pulak perkhabaran yang tema dibatalkan sebab ade beberapa konflik antara mereka-mereka yang diberi kuasa mengurusnya,,,

so,,aku pikir la ape nak buat dengan jubah dan serban tu,,
bile tibe je hari jumaat,,macam biase aku siap2 nak ke masjid,,
tapi mase aku cari baju melayu dalam almari tak jumpa,,
rupa-rupanya baju melayu tu aku tak basuh lagi,,hehe
jadi terpandang la dekat jubah yang tersangkut tu,,
sebab dah takde pilihan lain,,aku pon terpaksa la pakai,,
orang kat masjid tu pandang aku semacam je,,
tapi aku peduli hape kan,,..
tapi,,bile dah first pakai tu rase seronok pulak,,
lagipon kalau mase ni aku tak pakai bile lagi kan,,
so,,solat jumaat minggu 2 berikutnya aku pon pakai la lagii,,
sehingga la hari ni,,
solat Jumaat aku yang terakhir di Masjid Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Pahang..

dan untuk solat Jumaat terakhir di sini,,
aku harapkan dapat dengar khutbah Jumaat dari Ustaz Asri..
tapi tak,,
orang lain yang jadi khatib sebab Ustaz Asri ade kursus,,
agak sedikit kecewa tapi semua tu tak penting,,
yang penting adalah keredhaan daari Allah S.W.T...

ni gambar jubah dan serban yang dipinjam dari ustaz,,
jubah dan serban ni dibeli dari Yeman..
mule2 takot jugak nak pakai kot terkoyak gasak aku nak pegi Yeman beli semula,,hehe.

                                       #sorry la sebab model nye tak hensem,,haha :)

                                       

Jumaat Terakhir

sedar tak sedar dah nak hampir setahun belajar dekat Kolej Matrikulasi Pahang ni.
Banyak perkara yang aq dapat dekat sini.
Bukan sekadar menimba ilmu, tapi juga belajar tentang erti persahabatan,, erti kehidupan,,erti kesabaran,,erti usaha dan erti ketakwaan..
ingat lagi mase first2 dapat tawaran matrik dulu giler2 tak nak pegi,,
last2 aq ubah fikiran,,sebab ape? sebab tak nak ambik diploma yang tiga tahun tu,,hehe ^-^
tapi mungkin juga telah ditakdirkan aq untuk belajar di sini..
takdir untuk berjumpa dengan kawan2 yang "oteng" "awesome".

hurmmm,,nak tulis panjang lagi,,tapi tak sempat,,
nak pergi siap2 untuk solat jumaat,,
pergi awal untuk dengar khutbah jumaat terakhir dekat sini dari Ustaz Asri..
ustaz yang paling aq sayang~ huhu





   pic# hadiah perpisahan dari Khaleeda..isi dalamnye rahsia :)